Wednesday, April 27, 2011

hipokritnya artis nasyid!

Assalamualaikum,..


Ehm,maybe title kat entry aq ni tak menyenangkan korang,bagi sesiape yang suke mendengar lagu nasyid ni.
Yup,terus terang aq cakap,..aq suke dengar lagu nasyid jugak.


Suatu hari,aq tekan-tekan butang henset,mesej kawan aq la.time tu,dia tanya aq,..


"Ko buat ape ni?"


"Dengar mp3,nasyid".Aq menjawab,sambil earphone terpasak kat dua-dua belah telinga aq.


"Aq tak suka dengar lagu nasyid",beritahu kawan aq.


"Nape?Ish,aq suke sangat lagu nasyid kott,.."


"Sebab,bagi aq artis nasyid ni hipokrit...".Aq kepanasan time tu.


Aq apalagi,menjawab la,tak perlu nak tengok artis tu, asalkan mesej dalam lagu nasyid tu sampai pada pendengar-pendengar.Bukan semua manusia betul,maksud aq ,semua manusia akan buat dosa.betulkan?
Aq memang tulis mesej banyak giler kat kawan aq tu,mempertahankan lagu nasyid kott.lenguh jugak jari aq time tu......sebab lagu nasyid ni :


1)Mendatangkan curious dalam diri aq.
Kalau,korang pernah dengar nasyid demi cinta zainab (mestica),korang pasti tertanya-tanya?lirik dia macam..


Di kiri kekukufuran di kanannya iman
Di  sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasullullah
Ketika suamimu masih jahiliah


Yelah,macammane Zainab,puteri rasullullah boleh berkahwin dengan suami,belum memeluk ISLAM?Apa yang berlaku pada perang badar tu?Antara ayahandanye dengan suaminya sendiri?
Aq pon rujuk buku,..rupanya


Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Nabi, baginda menikahkan puterinya itu dengan sepupunya, Abul Ash bin Rabi’. Ibu Abul ‘Ash adalah Halah binti Khuwailid, ibu saudara Zainab dari pihak bondanya.Suatu ketika,zainab mengunjungi nabi muhammad s.aw yang ketika itu baru diangkat menjadi Nabi akhir zaman.


Aq membaca pula pasal peristiwa perang badar tu,


Ketika perang badar tu,suaminya telah ditawan oleh pihak muslim.Perkhabaran itu telah didengar oleh Zainab sendiri lalu mengirimkan kalungnya(hadiah dari ibunya),dengan berharap Rasullullah dan pasukan muslimin melindungi suaminya.Kalung itu telah sampai kepada Rasullullah dan lalu membebaskan menantunya itu.Rasullulah juga meminta Abul'Ash agar berjanji membenarkan Zainab bergabung bersamanya.Suami Zainab pun memenuhi janjinya.Dan akhir sekali Abul'Ash memeluk Islam..


See,kalau aq tak dengar lagu nasyid ni,bila plak aq nak rujuk buku tiba-tiba je kan?



2)Memenangkan hati,..
Ehm..,ni pendapat aq je,sebab lagu nasyid banyak instrumen yang lembut,tenang je dengar,.
contoh:wanita (dehearty), damba kasih (inteam)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungam manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

3)Cinta yang membawa kepada ikatan perkahwinan perkahwinan(tawakkal jodoh kepada Allah)
Hehe2,lagu nasyid ni aq minat sangat,contoh: permata yang dicari (dehearty)

4)mengingatkan kita akan mati
Aq pernah membaca nota unsur syirik dalam nasyid,contoh: menanti di barzakh (far east)
Aq pon menanyakan ustaz aq pasal situasi ni,katanya,nasyid ni mengingatkan kita akan mati,so tak yah la percaya lirik dalam nasyid ni. Sebab di alam barzakh,kita tidak tahu secara detail dan terperinci suasananya..macam dalam lirik ni,
'jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang'
'7langkah pun baru baru berlalu,Seusai talqin bernada syahdu'

berhati-hati dan buku menjadi rujukan:)

So,kesimpulannya,kene berhati-hati jugak :)

5)Menginsafkan dan memngingatkan kelemahan diri..
Daripada mendengar lagu yang pelik-pelik macam lagu si stacy tu ,baek dengar lagu nasyid macam taubat seorang hamba (Irsyadee),i'tiraf (Raihan), sesungguhnya (Raihan)

6)Mengisahkan pejuang-pejuang Islam dan tahu pasal kisah isteri nabi-nabi,..
Yup,sekurang-kurangnya korang tau serba sedikit melalui lagu nasyid.Mengingatkan kita pengorbanan besar mereka macam dalam Sumayyah (Hijjaz),Rabiatul Adawiyah (inteam),Zinnirah (unic)Balqis (unic),Aisya Humaira'(unic),Siti Khadijah(in-team),..

7)Menyenangkan korang menghafal tafsir.
Contoh  Al'Asr..Demi masa (raihan),surah Asy- syamsy...Demi matahari(Snada)


hargailah masa!

Haha2,..aq rasa macam banyak je,..korang fikir-fikirkan lah,sama ada nak layan hipokrit artisnya yang menyampaikan or banyaknya mesej yang disampaikan.
aish,,ayat aq macam berbelit je,Aq dah lame tak ambil karangan bm,harap maklum,..



thanx,..

10 comments:

Ikhwan Addin said...

tak lupa juga memberi motivasi

cth :: mimpi yang pasti - mestica

rahmat ujian - mestica^^

shafiq said...

Saya Suka Lagu Nasyid..

nur lia said...

ikhwan addin: thanx,memberi info tmbhan :)

nur lia said...

shafiq: me too :)

Nora Karim said...

betul la... kita ni (merujuk kepada diri sendiri) dah la susah nak bukak buku agama... sbb malas baca.. so nasyid yang kena dgr je tu, mudah jea... so sama2 la ambil iktibar dr mesejnya.. (kalau tak suka penyanyinya...)

awek hadi said...

all the nasyid tu sy suka. nice blog...i follow u.

btw, i have a contest in my blog... kalo sudi jom la join..

amalin shafirah said...

terkejut baca tajuk..btw,nasyid mmg best pon^^,

nur lia said...

Nora karim: Yup,setuju2..me too:)kene ade pengetahuan basic dulu, baru nak tau detail lagi pasal info2 ni..

Awek hadi: thanx,...

Amalin shafirah:hehe2,agak la.Yup,same opinion with u:)

HaDi said...

nasyid menyediakan platform alternatif bg mereka yg terlalu minatkan muzik,,sekurang2nya kbykan lirik2nya berunsurkan nasihat dan menaikkan semangat..

nur lia said...

yup,setuju.ianya alternatif laen untuk ilmu,nasihat dan menaikkan semangat.terima kasih atas pandangan,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...