Sunday, June 26, 2011

Peristiwa luar biasa..

Assalamualaikum,..

Huhu2,aq dah lame tak update bloglah,..sampai kawan baik aq pon bertanye,..
Ehmm,..semalam nak dijadikan cerita,orang masjid bagi sup lembulah,sambal belacan dan banyak lagi sebab mak aq datang menolong memasak sekali,Aq??tak pegilah,nak memasak kat rumah..hehe.
Malam tu,masjid kat kampung aq ade buat majlis sempena israk mikraj...Masjid Nurul Hasanah?Tau tak tempat tu?Kalau korang ade adik lelaki or abang, hantar sekolah tahfiz kat kampung aq,mesti korang kenal:)
Almaklum,bulan ni dah bulan rejab ikut kalendar islam,..



Sebenarnya ,malam israk mikraj jatuh pada 28 jun ni,(26 rejab)...
Tahukah korang ape peristiwa israk mikraj?puncak krisis menjelang israk?

Puncaknya di mana,Abu Thalib,bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w telah meninggal dunia.Peristiwa ini menyedihkan baginda walaupun beliau tidak beriman kepada islam.Kemudian,Nabi Muhammad kehilangan Siti Khadijah,isteri yang amat disayangi..Ketika itu juga,baginda pergi ke Thaif untuk mendapatkan bantuan..dan ketika itu bermacam peristiwa berlaku dan satu peristiwa yang telah sedikit sebanyak menghiburkan hati baginda iaitu perlakuan Addas yang tidak diduga.

Israk ialah perjalanan malam hari Nabi Muhammad dari Mekah ke Baitul Makdis dan Mikraj,perjalanan naik ke langit..



PERISTIWA ISRAK

~Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak(orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah)

~sekumpulan manusia menghempap kepala masing2 dengan batu berulangkali(orang yang berat melakukan solat fardhu)

~mencium bau yang wangi(bau tukang sihir Firaun yang beriman kepada Allah)

~orang yang mengguntimg lidah berulangkali(balasan orang bercakap dan tidak mengamalkannya)

~sekumpulan manusia yang makan daging busuk sedangkan ada daging yang baik(balasan orang yang telah berkahwin berzina)

~kumpulan manusia yang makan rumput berduri,buah zakkum yang pahit dan makan bara api(balasan orang tidak bersedekah dan tidak membayar zakat)

~orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan batu(balasan makan riba)

~kumpulan manusia yang mencakar muke dan dada dengan kuku yang tajam(balasan suke mengumpat)

~orang yang membawa berkas kayu yang banyak dan tidak terangkat olehnya(balasan menerima amanah dan tidak melaksanakannya) 

~seekor lembu keluar dari lubang kecil dan tidak dapat masuk semula (gambaran orang yang suka cakap besar)


Peristiwa mikraj

~wanita menangis sambil meminta pertolongan (balasan wanita yang berhias bukan untuk suaminya)

~wanita bergantung pada kepalanya,otaknya menggelegak dalam periuk(wanita tidak menutup rambutnya)

~wanita berkepala seperti babi,badannya seperti keldai dan menerima berbagai balasan(wanita yang suka buat fitnah,membuat dusta,bermusuh dengan jiran)

~wanita yang mukenya hitam dan memamah isi perutnya sendiri(balasan wanita yang menggoda lelaki)

~manusia yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang dan dilontar mukenya ke api neraka.Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya(balasan besar diri dan takbur)

~manusia dimasukkan mesin pembakar daging dari duburnya,keluar ke mulutnya(balasan buat fitnah,mencaci,menggejek)

~wanita bergantung rambutnya di pokok zakkum,api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar(balasan wanita minum ubat untuk bunuh janin)

~manusia kepalanya terbenam dalam api,dituang air panas ke dalamnya(balasan orang yang mendorong kepada pergaduhan)


Rasullullah dan jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit.Dimana ada langit ke sepuluh.Rasulullah telah bertemu Nabi Adam A.S,Nabi Isa A.S,Nabi Yahya A.S,Nabi Yusuf A.S,Nabi Idris A.S,Nabi Harun A.S yang dikelilingi bani Israil,Nabi Musa,Nabi Ibrahim,dan menyaksikan pelbagai keajaiban,sampai Hadharatul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab sehingga langit ke 10,..

Dan ketika inilah,solat waktu kita yang sebenarnya 5o kali sehari semalam berkurang menjadi 5 je yang wajib kita tunaikan selepas merayu 9 kali(setiap kali dikurangkan 5 waktu solat) oleh Rasullullah setelah baginda bermunajat,..
MasyaAllah,betape sikitnya kita wajib tunaikan berbanding dulu...

Sebenarnya info-info ni aq tulis kat buku usrah aq untuk hilangkan ngantuk mase ustaz bagi ceramah bila sambutan israk mikraj kat sekolah menengah dulu.Tak sangka,ada lagi buku usrah aq tu..Hehe2,..hanya sekadar perkongsian kepada korang,..




syukran

Friday, June 10, 2011

Kenangan yang teristimewa..

Assalamualaikum..


Semoga korang sihat sejahtera,..Kesihatan adalah nikmat yang ternilai dikurniakan Allah,..
Hari ni,Aq rase sedih sedikit.Entah kenape,perasaan rindu menggamit diri ini.Teringat akan wajahnya,senyumannya,pujukannya...


Memandangkan blog ni hanya beberapa kawan aq je yang tahu,so aq tak malulah nak luahkan segala isi hati aq kat sini.Korang mane kenal aq pon,ye tak?huhu2..

Dulu,aq ingat lagi time kat hostel,bila ada muhasabah diri je...mesti ade kaitkan dengan ibubapa.Biarpun berpuluh kali,benda yang same...Aq akan rase sedih,menangis sampai air mata tak henti-henti keluar.Sampai kawan-kawan aq sendiri pelik sebab aq dikenali periang dan suka membebel...(tak dinafikan)haha2..



Maksudnya :

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)
Aq ingat lagi,time aq darjah lima,adik bongsu aq plak dalam kandungan mak aq.Aq dikejutkan berita yang menjadikan berita itu adalah kenangan pahit bagi aq.Yup,bagi sesiape yang pernah rase...Korang akan rase dengupan jantung korang semakin kuat time tu,perasaan tidak percaya,rasa macam bermimpi, pastu air mata mula keluar dari mata korang sampai merah dan sakit. 
Bukan gambar mata aq:)
Yup,terasa rindu dengan arwah ayah aq.Dulu,aq amat takut pada mak aq berbanding arwah ayah aq,..Mak aq amat tegas time aq kecik dulu,sekarang dah taklah, sebab aq dah besar,huhu2,..
Time aq sekolah rendah dulu,INGAT lagi..
Aq tak hafal sifir,mak aq tak bagi tido dan kene rotan kat tangan,Aq menangis,arwah ayah aq pujuk...Aq tak solat,mak aq marah,aq merajuk,arwah ayah aq yang pujuk...Aq tak pakai tudung keluar rumah,mak aq tegur,aq terasa,arwah ayah aq yang pujuk,..
Sekarang,baru aq faham...Kalau aq tak hafal sifir,cikgu math aq takkan rotan aq(nampak lebih sakit  dari yang mak aq rotan aq),kalau aq tak solat dulu,takkan ade rase bersalah kalau tinggalkan solat sebab dah amalkan dah kecil...kalau aq tak pakai tudung dulu,aq takkan selang-seli, sekejap pakai sekejap tak pakai tudung, macam yang aq tengok kat u aq sekarang,TERIMA KASIH,mak.TERIMA KASIH,arwah ayah sebab memberi kenangan yang istimewa buat aq,..




Friday, June 3, 2011

aDik-BeraDik Rapat- prO Or kOntra?



Assalamualaikum,..


Huhu,..disebabkan hari ni,aq bosan...Aq nak jawab satu soalan yang dari dulu sampai sekarang asyik ditanya oleh kawan aq..


Pinjam dari pak cik google


"Wei,best ke ada adik beradik yang umur lebih kurang je"
'Tak selalu gaduh ke?'
'Main tarik rambut?'
'Saling mendengki tak pernah ada dalam kalangan korang ke?'


Lebih kurang macam tulah,kawan-kawan aq selalu tanya..
Before aq jawab soalan tu,aq nak cerita satu bende,.


Mungkin ada yang tahu,aq ni anak sulung,bawah aq ada adik-adik perempuan umur setahun dan 3 tahun lebih mude dari aq...kirenye,kiteorang ni memang agak rapatlah..Umur pon tak banyak beza.Bila kiteorang ikut mak pergi kenduri or mana-mana tempat yang ramai orang ,mesti ada orang cakap,..


"Dah besar-besar anak dara kau,Senang la kau kat rumah.Anak-anak ada membantu buat kerja"
Sometimes bagi dorang yang bermulut manis,akan cakap macam ni..
"Anak dara kau semua dah besar panjang.Cantik-cantik plak tu,Boleh aq jadikan menantu?"
Haha,gurauan yang lawak tapi menakutkan,..-_-


Tapi itu kata orang,Kata aq?Urm,.Aq tak rasa anak dara ramai ni best sangat,..Tapi kadang-kadang bestlah jugak,..Ok,Aq sedar yang aq dah memutarbelitkan cerita...


Ni jawapan aq:
Sebenarnya ada prO dan kOntra bila kita ada adik-beradik yang rapat,lagi-lagi sama jantina..



 <span>PRO:</span>

1.Bila nak pergi jejalan kat mana-mana,mak aq pasti akan benarkan,asalkan bertemankan adik-beradik,orang luar sukar untuk dipercayai.

2.Best sebab ada kawan yang nak diajak bergossip dan mengumpat.(Lagi-lagi waktu tengah malam,before tido,memang best giler..haha)-->p/s: jangan mengumpat,berdosa=,=

3.Senang nak cerita masalah sebab umur dekat-dekat.(kira saling memahamilah)

4.Kalau tak sempat siapkan keje sekolah,adik-beradik boleh membantu.(Ni selalu berlaku kat adik-adik aq,almaklum,..bila naek cuti je,homework dorang dah siap,sebab apa?Aq yang siapkan),alasan dorang ,"akaq dah abes spm,mesti dah familiar dengan soalan bio,fizk ,kmia ni.." Bertuah punya adik..

5.Boleh buat kerja rumah sama-sama,agih-agih kerja.So kerja cepat siap,..(Bagi sesetengah orang kott)

6.Pinjam baju adik-adik,..(Ni ,disebabkan aq asyik bosan pakai baju yang sama gi kuliah,aq pinjamlah baju dorang.hee~)

Adik beradik yang rapat,..


  <span>KONTRA:</span>


1.Cepat jeles kalau seseorang tu dapat lebih sikit dalam adik-beradik rapat.(So,ibu dan ayah kene belikan barang yang sama untuk mereka.Kalau si kakak dapat baju baru,si adik pon mesti dapat baju baru jugak.Kalau kakak dapat pakwe baru,adik pon nak dapat pakwe baru jugak.(Hehe,gurau je..)

2.Senang bergaduh disebabkan hal yang kecil.(Tapi bergaduh-gaduh sayang je)-->Aq terpanggil untuk menjawab soalan diatas..kalau,gaduh tak maen tarik rambut ke?Haha,..soalan ni lawakla,takde maen tarik rambut ni,..buat sakit je.Tu orang dulu-dulu punya cara,sekarang ni zaman moden...
Aq bagi idea kat korang,kalau korang gaduh ke dengan kakak korang,cube korang amek phone dia time dia tido ke.Then,korang cari name-name lelaki kat phone dorang,pastu korang antar mesej kat dia( lelaki tu) seperti,i luv u,saya da lame suke kat awak dan seangkatan dengannya.Tapi bagi yang jadi 'mangsa',haru jadinya,..sebab aq penah kene ngan adik aq,..

3.Bila salah seorang daripada mereka tak nak buat kerja rumah,yang lain pon tak buat jugak.sebab nak fair.Kononnya,..-->its normal lah..Bila adik tak nak buat kerja,kakak ke2 pon tak buat kerja,bila kakak ke2 tak buat kerja,kakak pertama pon tak nak buat kerja,..Akhirnya terbengkalai segala kerja.Bila da kene marah dengan mak ke,barulah masing-masing buat kerja dengan hati yang walang,.

masak-masak..


P/S: Sekadar cadangan,kalau kat rumah korang ramai yang pandai memasak,tapi malas nak masak,apa kate korang maen 1 2 som(ala,..mainan yang ada tunjuk pistol la,burung la,batu la,..Hehe)Aq pon tak tahu apa name mainan tu sebenarnya..Urm then,sape yang kalah,orang tu kene memasak.Fairkan?(Maybe lah),..sebab time cuti sem, aq yang selalu kene masak kat rumah sebab aq selalu kalah,..T_T





kamsahamnida,..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...