Monday, May 30, 2011

Syarat-syarat hidupkan hati dengan Al-Quran,..

Assalamualaikum...

Apa pendapat korang berkaitan hati yang hidup??Anyone,..pendapat?

Selidik hati korang...


Hati yang hidup bukanlah bermaksud,korang still hidup,..so hati korang pun hidup,..

Bagi pendapat aq,hati yang hidup ni ialah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar,melihat dan menerima kebenaran,..malah boleh ditakrifkan sebagai menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang..

Ustaz aq selalu cakap ,seseorang yang jarang menerima ceramah atau mendengar ilmu,hati dia mati sebab akan tumbuh bintik-bintik hitam meyebabkan hati menjadi gelap,..

So,bagaimana untuk menghidupkan hati?Salah satunya membaca Al-quran.
Sebab bukankah Allah telah berfirman,..

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini juga telah disebut:


"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah Taha, ayat 1-4


Tapi menghidupkan hati dengan Al-Quran ada syaratnya:

1) Al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk,dalam keadaan bersunyi sendiri,terutama pada waktu tengah malam atau subuh.

Allah telah berfirman:


"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah al-Isra’, ayat 78
2) Pembacaan Al-Quran dengan penuh mengamatan .

membaca dengan penuh khusyuk...

Pembacaan dengan penuh  pengamatan akan membuka hati seseorang mengenal kebenaran yang disebut didalam Al-Quran.

Ustaz aq selalu bagi nasihat,  "kita kalau baca Al- Quran,hendaklah rajin-rajinkan diri membuka tafsirnya,..sebab barulah kita faham melainkan kita memang superb dalam bahasa Arab,x yah bukaq tafsir terus"

3)Sentiasa bersikap sedia menerima kebenaran Al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya..

Point ni sesuai dengan nasihat yang mak aq selalu bagi kat aq,

"Kaq,even akaq dah tamat Al-Quran sekalipun,jangan lupa amalkan..tugas emak hanya boleh upah orang ajarkan akaq mengaji dengan tajwid hingga tamat,tugas akaq ialah untuk mengamalkannya"

So,terpulang pada seseorang untuk bersedia mengamalkan ajaran Al-Quran...

4)Merealisasikan sikap kehambaan diri sewaktu membaca Al-Quran.

Sikap ini akan menimbulkan keazaman untuk melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran.

So,pilih antara satu?Hati yang mati atau hidup?Pesanan ini untuk rakan-rakan blogger yang membaca dan buat diri aq yang tidak lepas dari buat salah dan silap..



Love Al-Quran....

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan."(riyawat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)





syukran

Monday, May 23, 2011

kenali personaliti diri korang!

Assalamualaikum...


Kali ni,aq nak kongsi la sikit personaliti yang boleh korang kenal melalui kegemaran warna...
Emmm,mase aq kat mrsm dulu...aq agak rapat gak dengan cikgu kaunseling aq,..
Yup,name je guru kaunseling,of course,orangnya banyak bercakap,...


Satu hari tu,aq gi rombongan ke mrsm taiping,time minggu aktiviti....
Mase tu,ade perbentangan kerja SEM,( macam research ) dorang(budak2 mrsm taiping).
Sistem mrsm mewajibkan student2 buat kerja sem ni sebelom amek spm..


So,on da way pegi sane,aq duduk kat sebelah Cikgu Ruziani ni..
Tiba-tiba,beliau tanya aq suke warna ape?aq jawab: biru...
SO,dengan panjang lebar ,dia menerangkan kepada aq..best kott,dengar orang yang tahu pasal personaliti diri mengikut kegemaran sendiri..
Ni,warna-warna yang aq tahu serba sikit...


warna-warna...





1)Biru
Korang adalah bertindak pasif dalam banyak hal.Korang jugak sukakan ketenteraman dan ketenangan.Seseorang yang bijak menentukan hala tuju dan menjadi tempat rujukan bagi sesiapa yang bermasalah..
ehmm,dapat kesulitan dalam perhubungan,haha2,..dalam bercinta,korang cenderung menyembunyikan perasaan.




warna biru



2)Kuning
Korang memiliki sifat optimis.Seorang periang,senang bergaul, dan tak memiliki penampilan yang muram.Sikap suka menolong adalah kewajipan bagi korang.Korang tak pernah meremehkan orang laen even seseorang itu lemah dan bodoh.Mudah berputus asa apabila gagal melakukan sesuatu..

3)Hijau
Korang tergolong dalam golongan yang sukakan keindahan,romantik,alam yang kehijauan..
Korang amat prihatin dan amat berhati-hati dalam sesuatu perkara.Korang juga suka berpegang pada prinsip.
Emm..kalau bercinta,korang mengidamkan pasangan yang dapat dipercayai dan penuh bertoleransi..


4)Putih
Banyak orang kagum dengan korang,penuh sikap moral yang tinggi,anggun,penuh idealis..korang tidak pernah angkuh dan suka menolong.Korang juga bersikap positif,berkebolehan mengimbangi kehidupan korang,(antara kerja atau peribadi) ,suka mengasingkan diri..

5)Merah
Korang suka bergaul dan bersosial tapi dapat mengawal diri,korang jugak berkebolehan sebagai pemimpin,mudah panas baran dan marah.Korang suka amalkan gaya hidup aktif,..
Emm..dalam bercinta korang selalu berfikir dan berfikir apabila orang meluahkan perasaan cinta..SO,korang sukar jatuh cinta.

6)Ungu
Korang tak ragu-ragu dalam menentukam masa depan.Korang akan lakukan kerja korang dengan terbaek.
Korang pandai mengikuti peredaran zaman.Suka berjenaka dan rajin,mempunyai inisiatif yang tinggi..
ehm..dalam bercinta,orang yang kuat mental yang dapat mendekati korang.


ungu pun cantik ,,..


7)Hitam
Korang bersikap tegas,berdisiplin..
Korang jugak kurang berkeyakinan dan adakalanya memerlukan bantuan orang lain..
Seorang yang lincah dalam banyak hal,selalu tampil rapi dan menarik.Ramai yang yang cuba merebut cinta korang,..

So,apa kegemaran warna korang?Fikir-fikirkan la ye...maybe sama dengan personaliti korang or certain or lain sama sekali?
Aq sekadar menaip apa yang aq tahu,..Kalau warna orang oren dan pink tu,aq susah nak pikir,,hee~




arigato...

Tuesday, May 17, 2011

Ma makna tabarruj?

Assalamualaikum...


Firstly,aq nak ucapkan selamat hari guru,even aq rasa dah late sangat wish kat korang.hehe~
Aq jugak nak kongsi keterharuan terhadap balasan wish kat guru tersayang aq,cikgu haida..
Sebab beliau ,aq berminat sangat ambil pure kimia untuk degree,...
yup,i love her so much!


Nur's Profile · Nor Haida's Profile · Nur's Wall


Erm,sebenarnya aq nak cerita pasal :
Entri ni aq terasa nak buat sebab tabarruj ni banyak berlaku dalam kalangan perempuan..


Sebab,aq pergi pasar baru-baru ni,,,Ish,banyak betui tudung,shawl macam-macam fesyen,..
Ada yang bercorak manik-manik,rama-rama,reben,star,anak bulan,(tu baru kat pasar)
Memang tak dinafikan,permpuan sekarang pakai tudung semata-mata untuk mencantikkan penampilan bukan  sebab menutup aurat sebagai sebab utama...




Pernah korang dengar perkataan tabarruj?Aish,buat sesiape yang tak tahu,aq kongsi sikit,buat sesiapa dah tahu,sekadar peringatan buat aq dan korang semua,


Takrif tabarruj ni ialah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian lelaki yang bukan mahram.


Manakala sifat-sifat tabarruj pada zaman jahiliah ada beberapa pendapat:
pertama:seorang wanita yang keluar dan berjalan-jalan di antara lelaki,kedua: wanita yang berjalan  lenggang -lenggok dengan penuh gaya,ketiga: wanita yang memakai wangi-wangian,keempat: wanita yang mengenakan pakaian yang perbuat daripada batu permata,kemudian memakainya di khalayak ramai,
kelima: wanita yang mengenakan kerudung namun tidak menutupnya hingga anting-anting dan kalungnya terlihat...
Larangan tabarruj telah ditetapkan Allah swt di dalam surat al-Nuur ayat 60.  Allah swt berfirman:


وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ 
Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti haidl dan kehamilan yang tidak ingin menikah lagi, tidaklah dosa atas mereka menanggalkan pakaian mereka tanpa bermaksud menampakkan perhiasannya (tabarruj).”[al-Nuur:60]
Mafhum muwafaqah ayat ini adalah, “jika wanita-wanita tua yang telah menaphouse saja dilarang melakukan tabarrauj, lebih-lebih lagi wanita-wanita yang belum tua dan masih punya keinginan nikah.”
Tipula aq kata kalau korang tak nak menikah(gatal sekejap)hee~
Banyak hadis yang melarang perbuatan yang dikategorikan :
1)memakai wangi-wangian di hadapan ajnabi

pinjam dari atuk google~

Aish,memang...benda ni kerja perempuan.Banyak kali kot,bila nak pergi kuliah je,mesti macam-macam bau wangi menusuk hidung aq,tak tahan .(nasib baik aq tak minat pakai wangi-wangi ni)
Kalau aq yang perempuan ni tak suka bau,yang lelaki?Tahukah korang....


Sabda Nabi saw bersabda :






أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ عَلَى قَوْمٍ لِيَجِدُوا مِنْ رِيحِهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
Siapapun wanita yang memakai wewangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah ra, bahwasanya Nabi saw bersabda:




أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ
Setiap wanita yang memakai wewangian,  janganlah ia mengerjakan sholat ‘Isya’ bersama kami.”[HR. Muslim]
أَيُّمَا امْرَأَةٍ أَصَابَتْ بَخُورًا فَلَا تَشْهَدْ مَعَنَا الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ
“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri shalat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.”[HR. Muslim]
2)Mengenakan pakaian yang ketat dan nipis...

pakaian yang menutup aurat


Pakaian macam ni (tajuk atas,bukan gambar kat atas tau)memang merangsangkan,korang tahukan apa maksudnya?
Semua tahu,nafsu lelaki-lelaki satu je...wanita,,..

Sabda Nabi saw:





صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak.  Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya.  Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.”[HR. Imam Muslim]
So,apa tunggu lagi?berubah lah, (nasihat untuk diri sendiri jugak).
3) berhias buat lelaki...(bukan mahram atau suami)
Ada hadis meriwayatkan,seseorang wanita diharamkan berhias selain untuk suami..
Padahal,zaman sekarang dah terbalik,kat rumah wanita pakai kain batik dan baju buruk di hadapan suami tapi bila keluar rumah,memang tak ingat diri nak cantik,punya jaga penampilan..(Aq banyak tengok kat drama melayu sebab takde suami lagi la)
4)Berdandan berlebihan
Ala,sebut pakai alat mekap,semua perempuan tahu..

gambar buat mereka yang tak tahu apa itu mekap,..
Adik aq sendiri,(darjah 2)dah pandai google' cara pakai alat mekap...'(aq baru tahu tabiat budak gedik tu)
Aish,aq sendiri,kakak dia tak pernah dan tak tahu pakai mekap,...Erm,tak berminat aq nak rosakkan muke semulajadi aq, :)




Larangan ni telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;
وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ
Janganlah mereka memukul-mukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]
Ayat ini juga menunjukkan keharaman melakukan tabarruj.
Penerangan ayatdi atas: definisi tabarruj korang sendiri tahu,so dah terang-terang ayat ni,melarang wanita yang menampakkan kecantikan dan hiasannya kepada orang yang bukan mahram.. 
5)meratakan gigi dan menghilangkan tahi lalat,..
Sebenarnya aq pon baru tahu,meratakan gigi tu dilarang sama sekali bila aq baca buku'fiqih wanita'
Dan berikut riwayatnya:


Allah mengutuk orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang mengerok alisnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?”  Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]


Penerangan:sebab perbuatan meratakan gigi itu untuk tujuan kelihatan lebih cantik malah mengubah semulajadi...


semua orang ada gigi,bersyukur lah  bentuk macamana sekalipon gigi korang...
6)Membuka sebahagian aurat


Benda ni banyak sangat berlaku,macam pakai tudung tapi nampak telinga yang bergantung anting-anting,leher yang konon-konon putih. Pengaruh artis-artis kebanyakannya,.
Perbuatan hal ini dalam sabda Nabi saw:


Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti punuk onta.  Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya.  Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]


SO,why nak ikut artis-artis tu,sebab dah terang-terang perbuatan ni dilarang dan adalah kategori tabarruj,..


Entri ni adalah untuk ingatan buat aq dan perkongsian buat korang yang membaca...Yup,manusia not prefect,so sama-sama lah kita ke arah yang menjadikan kita prefect...,berubah secara ansur-ansur,bagi niat yang pakai tudung untuk kecantikan,ubahlah niat korang kepada sebab yang paling utama....








syukran

Tuesday, May 10, 2011

PrO dan KOntra kehidupan di tangan korang...



Assalamualaikum,..


Firstly,aq nak ucapkan tahniah kat adik-adik (student spm 2010)yang mendapat tawaran tawaran u,gi oversea,matrix n banyak lagi.Korang yang masuk u and matrix akan masuk bulan 5 ni,bagi uia,bulan 6 ni..ganbatte,aq ucapkan!


Buat mereka yang tidak berjaya,jangan putus asa.Even pilihan terakhir korang adalah form 6,jangan bersedih sebab di mana pon korang belajar,kejayaaan adalah di tangan korang,korang yang tentukan,...usaha+doa+tawakkal,..


Jom main teka-teki..senang je,
'Apa pendapat korang ,kehidupan di u atau di alam persekolahan...mana lagi best?


alam persekolahan




Well,sebenarnya time aq form5,memang tak sabar-sabar nak abes sekolah,..
Pendapat kawan-kawan aq macam...


"Tak sabar nak abes sekolah,nak masuk u,pakai mekap,tudung lilit,bebas"(perempuan)
"Ish,masuk u nanti boleh fashion rambut,bukan peraturan sekolah dah"(lelaki)


Aq pernah masuk tiga jenis persekolahan sampai form 5,sam(sekolah agama separuh kerajaan),smka(sekolah agama sepenuhnya kerajaan),dan akhir sekali,mrsm..
Yup,lepas masuk u..baru aq tau,Terus-terang aq katakan,yang aq rindu sangat-sangat alam persekolahan..SEBAB..


1)Seronok buat nakal..


Sapa yang tak suka buat jahat or nakal(bahasa sopan sikit)?
Bagi mereka yang duduk hostel,mesti tahu punya macam..,Ponteng usrah,takutkan kawan-kawan dengan cerita seram,fly,maen burger,..
Kalau lelaki lagi kreatif,patahkan palang loker dan maen pedang-pedang macam cerita Ultraman tu..




contoh "fly"




Contoh burger bagi mereka yang tak tau..


buat kat kat sekolah je:,sebab anak orang bukan adik korang..




Terus-terang aq katakan,kat sekolah...korang akan rasakan yang guru-guru sayang kat korang..
so,dorang akan pastikan yang korang tak buat masalah disiplin,kawal dan bantu student mereka yang bermasalah dalam pelajaran,bagi teguran..


TAPI,KALAU KAT U..


Semua benda ni,korang  dah tak maen dah,dah matang katakan...
Semua benda yang korang buat(baik mahupun jahat),tak sapa yang tegur,..hal sendiri-sendiri.
Lecturer pon takde masa nak tegur korang,ponteng kelas ke,faham ke,yang pasti dorang nak habiskan syllibus yang dorang ajar..
So,bagi sapa nak lecturer kenal korang,kena tonjolkan diri,datang pejabat dorang,tanya soalan-soalan yang dorang ajar,..(itu pon,kalau dorang tak sibuk)




2) Friendship yang kuat,..


Truly,bila korang buat nakal.masing-masing back up kesalahan kawan-kawan korang.
Beri macam-macam alasan kat cikgu,si polan ni tak datang sebab...
So,kawan ngan budak jahat pon kurang terpengaruh,sebab ada cikgu kawal..
Takutkan kawan-kawan,buat aktiviti seram, jugak buat korang rapat sangat-sangat,bantu kawan korang yang ada dalam masalah pelajaran,..


aksi seram hostel






KALAU KAT U,


elemen ni,amat penting kat korang,...PILIH KAWAN YANG BAIK
Sebab,dah takde sapa nak kawal korang dah.,ibu bapa korang pon tak tahu kegiatan korang.
Berdasarkan pengalaman aq la,
sorang minah ni time aq jumpe first sem dulu,baek je,tudung tutup dada,tapi lepas sem dua je,tup-tup..tudung dah tak tutup kepala,baju pon dah stat ketat sebab,geng-geng dia pon macam tu..SEE...
Tapi tak dinafikan,ada gak... daripada freehair kepada pakai tudung,aq pon tengok geng-geng dia,owh..patut,geng-geng usrah...


3)Ajar diri berdikari


Yang ni aq banyak dapat dari sekolah agama,kurang sikit kat mrsm sebab kat mrsm agak mewah sikit..
YUP,pernah angkut air dari kolah,naek tingkat dua dan mandi kat toilet,sebab toilet time tu kering kontang,takde air..
Bangun pon terpaksa awal pagi dalam kul 4 pagi semata-mata takut air takde..
Kalau lelaki,aq rasa, tak mandi kott,sebab dorang agak simple,perempuan complicated sikit :)
Makan pon,ikan tonkol je selalu(ajar aq bersyukur sebenarnya)




sekolah kat smka dulu..




KALAU KAT U,


Sikap berdikari tu sebenarnya dari pengalaman korang time sekolah..
So,korang takkan rasa homesick or nak selalu balek semata-mata...
Pasal belanja makan pulak,korang akan rasa pening sikit sebab semua tu guna duit sendiri.So,sapa-sapa yang terbiasa boros,korang akan semput kalau takde duit.Kalau kat hostel time sekolah dulu,turun je makan..
Aq pon sendiri pernah kongsi makan dengan roomate,hihi :)


4)HIdup tak mementingkan diri.


Based experience aq la,kat sekolah tak mementingkan diri..
Belajar sama-sama,kongsi masalah sama-sama,percaya mempercayai....
Sebab time tu,muda lagi,baru keluar dari kelompok family,baik-baik lagi.


KALAU KAT U,


First-first daftar masuk u,mak cik aq (seorang lecturer)  beri nasihat,


"kena pentingkan diri sikit kat u,jangan ikut orang"


YUP,mula-mula terkejut jugak time mak cik aq bagi pesanan time tu,sebab kat u nanti korang akan jumpa macam -macam ragam,seperti pegi kelas lambat sebab tunggu kawan,so akan merugikan korang...
Sikap percaya-mempercayai jugak tak boleh 100%,kalau tak caya..
Taip dramacrazy,cari cerita liar game,ada season 1,season 2,dan final ...itulah lumrah alam sebenarnya..


So,kesimpulannya.,kehidupan di sekolah mahupun di u ada pro dan kontra nyer,..bagi nak rasa bebas akan rasa betapa bestnyer kehidupan u :)
Pilihan di tangan korang untuk menjadi dan mengubah diri kepada yang terbaik...








syukran..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...