Tuesday, May 10, 2011

PrO dan KOntra kehidupan di tangan korang...



Assalamualaikum,..


Firstly,aq nak ucapkan tahniah kat adik-adik (student spm 2010)yang mendapat tawaran tawaran u,gi oversea,matrix n banyak lagi.Korang yang masuk u and matrix akan masuk bulan 5 ni,bagi uia,bulan 6 ni..ganbatte,aq ucapkan!


Buat mereka yang tidak berjaya,jangan putus asa.Even pilihan terakhir korang adalah form 6,jangan bersedih sebab di mana pon korang belajar,kejayaaan adalah di tangan korang,korang yang tentukan,...usaha+doa+tawakkal,..


Jom main teka-teki..senang je,
'Apa pendapat korang ,kehidupan di u atau di alam persekolahan...mana lagi best?


alam persekolahan




Well,sebenarnya time aq form5,memang tak sabar-sabar nak abes sekolah,..
Pendapat kawan-kawan aq macam...


"Tak sabar nak abes sekolah,nak masuk u,pakai mekap,tudung lilit,bebas"(perempuan)
"Ish,masuk u nanti boleh fashion rambut,bukan peraturan sekolah dah"(lelaki)


Aq pernah masuk tiga jenis persekolahan sampai form 5,sam(sekolah agama separuh kerajaan),smka(sekolah agama sepenuhnya kerajaan),dan akhir sekali,mrsm..
Yup,lepas masuk u..baru aq tau,Terus-terang aq katakan,yang aq rindu sangat-sangat alam persekolahan..SEBAB..


1)Seronok buat nakal..


Sapa yang tak suka buat jahat or nakal(bahasa sopan sikit)?
Bagi mereka yang duduk hostel,mesti tahu punya macam..,Ponteng usrah,takutkan kawan-kawan dengan cerita seram,fly,maen burger,..
Kalau lelaki lagi kreatif,patahkan palang loker dan maen pedang-pedang macam cerita Ultraman tu..




contoh "fly"




Contoh burger bagi mereka yang tak tau..


buat kat kat sekolah je:,sebab anak orang bukan adik korang..




Terus-terang aq katakan,kat sekolah...korang akan rasakan yang guru-guru sayang kat korang..
so,dorang akan pastikan yang korang tak buat masalah disiplin,kawal dan bantu student mereka yang bermasalah dalam pelajaran,bagi teguran..


TAPI,KALAU KAT U..


Semua benda ni,korang  dah tak maen dah,dah matang katakan...
Semua benda yang korang buat(baik mahupun jahat),tak sapa yang tegur,..hal sendiri-sendiri.
Lecturer pon takde masa nak tegur korang,ponteng kelas ke,faham ke,yang pasti dorang nak habiskan syllibus yang dorang ajar..
So,bagi sapa nak lecturer kenal korang,kena tonjolkan diri,datang pejabat dorang,tanya soalan-soalan yang dorang ajar,..(itu pon,kalau dorang tak sibuk)




2) Friendship yang kuat,..


Truly,bila korang buat nakal.masing-masing back up kesalahan kawan-kawan korang.
Beri macam-macam alasan kat cikgu,si polan ni tak datang sebab...
So,kawan ngan budak jahat pon kurang terpengaruh,sebab ada cikgu kawal..
Takutkan kawan-kawan,buat aktiviti seram, jugak buat korang rapat sangat-sangat,bantu kawan korang yang ada dalam masalah pelajaran,..


aksi seram hostel






KALAU KAT U,


elemen ni,amat penting kat korang,...PILIH KAWAN YANG BAIK
Sebab,dah takde sapa nak kawal korang dah.,ibu bapa korang pon tak tahu kegiatan korang.
Berdasarkan pengalaman aq la,
sorang minah ni time aq jumpe first sem dulu,baek je,tudung tutup dada,tapi lepas sem dua je,tup-tup..tudung dah tak tutup kepala,baju pon dah stat ketat sebab,geng-geng dia pon macam tu..SEE...
Tapi tak dinafikan,ada gak... daripada freehair kepada pakai tudung,aq pon tengok geng-geng dia,owh..patut,geng-geng usrah...


3)Ajar diri berdikari


Yang ni aq banyak dapat dari sekolah agama,kurang sikit kat mrsm sebab kat mrsm agak mewah sikit..
YUP,pernah angkut air dari kolah,naek tingkat dua dan mandi kat toilet,sebab toilet time tu kering kontang,takde air..
Bangun pon terpaksa awal pagi dalam kul 4 pagi semata-mata takut air takde..
Kalau lelaki,aq rasa, tak mandi kott,sebab dorang agak simple,perempuan complicated sikit :)
Makan pon,ikan tonkol je selalu(ajar aq bersyukur sebenarnya)




sekolah kat smka dulu..




KALAU KAT U,


Sikap berdikari tu sebenarnya dari pengalaman korang time sekolah..
So,korang takkan rasa homesick or nak selalu balek semata-mata...
Pasal belanja makan pulak,korang akan rasa pening sikit sebab semua tu guna duit sendiri.So,sapa-sapa yang terbiasa boros,korang akan semput kalau takde duit.Kalau kat hostel time sekolah dulu,turun je makan..
Aq pon sendiri pernah kongsi makan dengan roomate,hihi :)


4)HIdup tak mementingkan diri.


Based experience aq la,kat sekolah tak mementingkan diri..
Belajar sama-sama,kongsi masalah sama-sama,percaya mempercayai....
Sebab time tu,muda lagi,baru keluar dari kelompok family,baik-baik lagi.


KALAU KAT U,


First-first daftar masuk u,mak cik aq (seorang lecturer)  beri nasihat,


"kena pentingkan diri sikit kat u,jangan ikut orang"


YUP,mula-mula terkejut jugak time mak cik aq bagi pesanan time tu,sebab kat u nanti korang akan jumpa macam -macam ragam,seperti pegi kelas lambat sebab tunggu kawan,so akan merugikan korang...
Sikap percaya-mempercayai jugak tak boleh 100%,kalau tak caya..
Taip dramacrazy,cari cerita liar game,ada season 1,season 2,dan final ...itulah lumrah alam sebenarnya..


So,kesimpulannya.,kehidupan di sekolah mahupun di u ada pro dan kontra nyer,..bagi nak rasa bebas akan rasa betapa bestnyer kehidupan u :)
Pilihan di tangan korang untuk menjadi dan mengubah diri kepada yang terbaik...








syukran..

Friday, May 6, 2011

Uji tahap pengetahuan sejarah korang,..

Assalamualaikum,..

Masih ingat lagi tak korang pasal Sejarah peringkat spm..
Aq ambil spm kat mrsm utara dulu-dulu selepas ambil pmr kat smka,ada la belajar sikit-sikit bahasa utara macam hangpa,depa,ayaq,cabai,biaq,ketegaq,loq laq,capoi,chayaq,melahaq...
Ecece,aq try-try la cakap bahasa utara kat dorang...
Tiba-tiba, kawan-kawan(orang utara) gelak-gelak dan dorang sound bahasa kl kott,..


"Woi,jangan cakap lagi la,merosakkan bahasa negeri aq,pelik betul aq dengar"


Aq pelik jugak la,apa yang dorang rase pelik bahasa tuturan aq...aq pon tak tahu..
Dah,lupakan bahasa utara,aq cakap bahasa Selangor..senang takde loghat-loghat,semua tahu,..
Sori orang utara( pinjam bahasa korang dalam blog ni jap),
Sebenarnya aq nak cerita pasal Sejarah...


Haha2,terus terang aq katakan yang aq tak minat SEJARAH..
Kalau dibandingkan dengan subjek biologi,kimia dan fizik,aq lagi refer tiga-tiga subjek ni berbanding SEJARAH..
Suka hati korang la nak kata aq takde semangat patriotik,..
Memang tabik spring kat korang yang minat sejarah..


Even dah lama aq tinggalkan sejarah masa mrsm dulu,TAPI bila aq tengokkan video kat bawah ni,baru aq teringat balik..dan tertanya-tanya,


Zaman paleotik,mesolitik dan sewaktu dengannya tak wujud??
Siape dalang semua ni?
Wujudnya zaman renaissance,gelap,reformation??
Perikatan antara Yahudi dan kristian?



Siapa yang faham pasal video ni,korang terangkan kat aq tentang pakatan yahudi dan kristian tu..
Aq tak berapa faham sangat la,almaklum pengetahuan sejarah aq takat spm pun dah lupa..hehe2.
Agaknya system nervous aq dah terganggu kat kepala,putus fius tahap tak ingat :)



Korang tengok dan terangkan kat aq k,..
video ni aq terpaksa delete lepas ni,memandangkan ianya berat :)



xie xie

Tuesday, May 3, 2011

Khas buat perempuan je,lelaki jangan baca!!!

Assalamualaikum,..


First sekali ,macam entry aq sebelum ni,aq ada cerita yang kat sekolah aq dulu,tiap-tiap ari jumaat ada tazkirah.Yup,memandangkan kiteorang semua perempuan tiap-tiap time tu,tazkirah kiteorang banyak berkisar tentang perempuan...


Almaklum,syaitan-syaitan time tengah hari,lepas balik sekolah plak, banyak menggoda,selalu celakkan mata aq,..








So,bagi menghilangkan ngantuk,aq pon tulis semua tazkirah yang ustazah bagi kat buku bile tazkirah ari jumaat tu.Dan mase aq cuti sem,terjumpa la balek buku tu even dah lame..


Aq,nak berkongsi pasal suara perempuan.Macam yang semua maklum,suara perempuan adalah aurat.


suara-suara...


Tapi time tazkirah tu ,ustazah aq kate suara perempuan tak aurat selagi tidak menimbulkan fitnah.
DAN...percakapan dengan ajnabi(lelaki yang bukan muhrim) itu memang penting..Dalil berikut menunjukkan tentang suara perempuan,


1)Para isteri Nabi Muhammad saw pernah bercakap-cakap dengan para sahabat Rasullullah dan mereka belajar hukum-hakam agama daripadanya.


2)Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a hendak menentukan jumlah mahar.Tetapi ditolak oleh seorang wanita dari sudut masjid sambil membaca firman Allah,


"Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain,sedangkan kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya sedikit pun". (An-nisa' : 20)


Umar tidak membantah wanita tersebut ,begitu pula para sahabat yang lain.


3)Ketika terjadinya perselisihan antara Abu Bakar r.a denagan Fatimah Az-Zahra',Fatimah pergi menemui Abu Bakar yang ketika itu telah menjadi khalifah.Fatimah berbicara sewajarnya mengenai hal yang dianggap menjadi haknya.Dan terjadilah perdebatan tersebut.


So,kesimpulannya suara perempuan tidak selama berada dalam batas-batas percakapan biasa dan tidak ada nada-nada suara rendah (tidak merayu dan mendayu-dayu).


Tapi,jangan salah faham plak,hukum nyanyian untak ajnabi adalah haram menurut syara'..


AISH,ni mesti ada lelaki yang baca.Kan dah tulis kat title tu.....ok,dimaafkan :)

Syukran..

Wednesday, April 27, 2011

hipokritnya artis nasyid!

Assalamualaikum,..


Ehm,maybe title kat entry aq ni tak menyenangkan korang,bagi sesiape yang suke mendengar lagu nasyid ni.
Yup,terus terang aq cakap,..aq suke dengar lagu nasyid jugak.


Suatu hari,aq tekan-tekan butang henset,mesej kawan aq la.time tu,dia tanya aq,..


"Ko buat ape ni?"


"Dengar mp3,nasyid".Aq menjawab,sambil earphone terpasak kat dua-dua belah telinga aq.


"Aq tak suka dengar lagu nasyid",beritahu kawan aq.


"Nape?Ish,aq suke sangat lagu nasyid kott,.."


"Sebab,bagi aq artis nasyid ni hipokrit...".Aq kepanasan time tu.


Aq apalagi,menjawab la,tak perlu nak tengok artis tu, asalkan mesej dalam lagu nasyid tu sampai pada pendengar-pendengar.Bukan semua manusia betul,maksud aq ,semua manusia akan buat dosa.betulkan?
Aq memang tulis mesej banyak giler kat kawan aq tu,mempertahankan lagu nasyid kott.lenguh jugak jari aq time tu......sebab lagu nasyid ni :


1)Mendatangkan curious dalam diri aq.
Kalau,korang pernah dengar nasyid demi cinta zainab (mestica),korang pasti tertanya-tanya?lirik dia macam..


Di kiri kekukufuran di kanannya iman
Di  sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasullullah
Ketika suamimu masih jahiliah


Yelah,macammane Zainab,puteri rasullullah boleh berkahwin dengan suami,belum memeluk ISLAM?Apa yang berlaku pada perang badar tu?Antara ayahandanye dengan suaminya sendiri?
Aq pon rujuk buku,..rupanya


Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Nabi, baginda menikahkan puterinya itu dengan sepupunya, Abul Ash bin Rabi’. Ibu Abul ‘Ash adalah Halah binti Khuwailid, ibu saudara Zainab dari pihak bondanya.Suatu ketika,zainab mengunjungi nabi muhammad s.aw yang ketika itu baru diangkat menjadi Nabi akhir zaman.


Aq membaca pula pasal peristiwa perang badar tu,


Ketika perang badar tu,suaminya telah ditawan oleh pihak muslim.Perkhabaran itu telah didengar oleh Zainab sendiri lalu mengirimkan kalungnya(hadiah dari ibunya),dengan berharap Rasullullah dan pasukan muslimin melindungi suaminya.Kalung itu telah sampai kepada Rasullullah dan lalu membebaskan menantunya itu.Rasullulah juga meminta Abul'Ash agar berjanji membenarkan Zainab bergabung bersamanya.Suami Zainab pun memenuhi janjinya.Dan akhir sekali Abul'Ash memeluk Islam..


See,kalau aq tak dengar lagu nasyid ni,bila plak aq nak rujuk buku tiba-tiba je kan?



2)Memenangkan hati,..
Ehm..,ni pendapat aq je,sebab lagu nasyid banyak instrumen yang lembut,tenang je dengar,.
contoh:wanita (dehearty), damba kasih (inteam)

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungam manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

3)Cinta yang membawa kepada ikatan perkahwinan perkahwinan(tawakkal jodoh kepada Allah)
Hehe2,lagu nasyid ni aq minat sangat,contoh: permata yang dicari (dehearty)

4)mengingatkan kita akan mati
Aq pernah membaca nota unsur syirik dalam nasyid,contoh: menanti di barzakh (far east)
Aq pon menanyakan ustaz aq pasal situasi ni,katanya,nasyid ni mengingatkan kita akan mati,so tak yah la percaya lirik dalam nasyid ni. Sebab di alam barzakh,kita tidak tahu secara detail dan terperinci suasananya..macam dalam lirik ni,
'jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang'
'7langkah pun baru baru berlalu,Seusai talqin bernada syahdu'

berhati-hati dan buku menjadi rujukan:)

So,kesimpulannya,kene berhati-hati jugak :)

5)Menginsafkan dan memngingatkan kelemahan diri..
Daripada mendengar lagu yang pelik-pelik macam lagu si stacy tu ,baek dengar lagu nasyid macam taubat seorang hamba (Irsyadee),i'tiraf (Raihan), sesungguhnya (Raihan)

6)Mengisahkan pejuang-pejuang Islam dan tahu pasal kisah isteri nabi-nabi,..
Yup,sekurang-kurangnya korang tau serba sedikit melalui lagu nasyid.Mengingatkan kita pengorbanan besar mereka macam dalam Sumayyah (Hijjaz),Rabiatul Adawiyah (inteam),Zinnirah (unic)Balqis (unic),Aisya Humaira'(unic),Siti Khadijah(in-team),..

7)Menyenangkan korang menghafal tafsir.
Contoh  Al'Asr..Demi masa (raihan),surah Asy- syamsy...Demi matahari(Snada)


hargailah masa!

Haha2,..aq rasa macam banyak je,..korang fikir-fikirkan lah,sama ada nak layan hipokrit artisnya yang menyampaikan or banyaknya mesej yang disampaikan.
aish,,ayat aq macam berbelit je,Aq dah lame tak ambil karangan bm,harap maklum,..



thanx,..

Wednesday, April 20, 2011

Pentingnya ilmu,..



 Assalamualaikum,..


Kalu korang bace tajuk entry aq kali ni,mesti korang kate,...ala,macam karangan buat penulisan,.memang popular soalan spm n pmrkan? Haha2,memang pon,..tapi kali ni, aq bukan nak bagi isi untuk buat karangan,..sekadar nak berkongsi pengalaman,...


Kedudukan rumah aq dalam kampung,senang cakap,aq ni orang kampung la,..bagi sesiape yang duduk bandar,meh,,..aq cerita sesuatu.


Macam biase,semua dah tau,macam cerita drama melayu tu...mulut orang kampung memang tak boleh ditutup.Apalagi,bile tersebar cerita-cerita panas...hot,dalam sekelip mata,berita cepat tersebar.


Time tu ,peristiwa aq lepas dapat result spm.,dah lame dah time tu berlalu.. Erm, result spm aq tak sebaek mane,aq kire ranking kedua result ok kat kampung aq,ranking pertama lelaki,dapat 9a .So, result spm yang same batch ngan aq tu akan tersebar dalam kampung aq tu,..Anak si polan dapat tu,spm anak minah tu macam ni ni,memang tersebar abes,..


mencari ilmu,..


Satu hari,jiran rumah aq datang rumah.Memandangkan result spm aq ok,die minta aq mengajar anak die tuisyen ngan aq.Agak terkejutla...yelah,time tu just mengganggur kat rumah sementara tunggu upu.Mane pernah jadi guru bertauliah,pernah ajar kawan-kawan adela..


Dia cakap ngan aq die akan bayar je berape aq nak. So,aq ambil je tawaran tu memandangkan niat aq untuk membantu budak kampung aq jugak.


Dan pernah jugak,kawan mak aq datang rumah,.Time tu, mak aq tengah kerja,...Aq tengah sidai baju time die datang.


"Kaq long,meh sini." Kawan mak aq tu membahasekan aq kak long.Aq pon datang kearahnye.Aq ingat ape je die tanye,rupa-rupanye...


"Kaq long,mak cik nak tanye.Ape tips kaq long belajar?Mak cik teringin la dapat anak mak cik dapat pekse bagus-bagus mcam kaq long.Aq,terkedu,tak tau nak jawab ape..


"Kene ade inisiatif diri untuk majukan diri,rajin belajar kot".Aq menjawab.(sebenarnye aq tak tahu nak jawab ape).


Aq jawab macam tu sebab aq teringat pesan mak aq,

"Kaq,kite takde harta dunia macam orang laen,terpulang kepada akaq sama ade nak belajar atau tak".Yup,kata-kata tu jadi pedoman aq sejak ayah aq meninggal dunia time aq berumur 11 tahun,..


jangan melawan kata-kata mak ea:)


Ehmm,kesimpulannye,kalu kite ade ilmu tak kire ilmu dunia atau ilmu akhirat,orang akan hormat n sanjung kite walau kite takde harta dunia.Time tu,baru aq sedar betapa pentingnya ilmu!!

Sunday, April 17, 2011

Bila perempuan bercerita tentang korea..

Assalamualaikum,..


Aigoo,suatu hari,ade kawan lelaki aq tanye aq,..


"Wei,lia...cuti sem ni ko buat ape je?Tak kerja?"


"Ala, aq tanam anggur dan bina lemak kat rumah je.Ish,banyak drama korea aq tak khatam lagi".Aq menjawab.


"Ish,ko ni jiwang giler,.takde faedahnye ko tengok cerita-cerita tu?".


"Aiseh,suka hati aq la,yang ko sibuk sangat ni nape?Asal,aq suka tengok je,mostly lelaki kutuk".                    
Aq membalas lagi...


Ehm,..eh,ramai gak lelaki yang suke korea ok,tak minat drama pon ade gak yang fanatik giler tengok show-show penyanyi korea kat pentas,..
Buktinye,Super Junior yang datang kat Malaysia tu,tengok la,...ramai giler.Sefanatik aq pon,takde la pergi membazir duit beli tiket nak tengok show tu..Ish,sayang duet kott..


Erm,memang tak disangkal lagi..Kawan-kawan kat u aq ramai giler yang suke tengok,lelaki pon termasuk,ok..


Pendapat aq la,nape suke korea?Ops,bukan korea je,taiwan and jepon drama pon aq minat..


1)Hero hensem giler.


Of course la,memainkan peranan,kalo hero tak hensem memang aq tak tengok..Aish,memang banyak betul zina mata..Kalu nak dibandingkan dengan cerita melayu,berbeza kot,..Kecantikan heroin pada mekap tebal semata-mata.Kalau,pelakon korea,taiwan,jepun,..mana maen mekap tebal-tebal,natural beauty,ok..
Tapi,yang pembedahan plastik tu,no komen la..Pelakon kat Malaysia pon ade pakai botox,orang Islam plak tu,.


Suke sangat siwon(super junior) dalam cerita oh my lady



2) drama yang sweet,berpengajaran friendship,kenyakinan diri..

Ish,drama korea dan taiwan memang banyak cerita romantik,yang itu memang memang tak dapat disangkal tapi boley release tension gak kan,..
Tapi.,kalau cerita jepun memang berbeza,tak banyak la sangat romantik n sweet ni macam,..

~yamato nadeshiko shichi henge,banyak berunsur kenyakinan diri..
~bloody monday,pasal ketamakan manusia yang nak menawan dunia even memusnahkan friendship..
~liar game,tidak boleh terlalu mempercayai seseorang itu 100%,sebab hati manusia boleh,berubah,kan..
~gokusen,pasal friendship dan rupa paras seseorang tak semestinye melambngkan personaliti seseorang.
~tantei gakuan Q,pasal detektif dan pandai berfikir..



Kamenashi kazuya dalam drama yamato.......
kalau dibandingkan dengan cerita melayu,cerita sedih je banyak,..

3) seksi tertutup sikit 

Haha,even banyak heroin yang pakai skirt,tapi tak la seteruk cerita barat,right?Sebab tahu,dorang orang barat..and paling penting bukan orang Islam,..
Kalau tengok cerita Melayu,aq rase banyak dosa aq kumpul kott..
terlebih cukup kain,..
Yelah dosa termengutuk,mengata, termengumpat dan banyak lagi,..sebab dorang orang Islam, mencerminkan sangat betape teruknye, macam berjaget-joget kat club,rambut perang berkarat,pakai skirt pendek ,terpeluk sana terpeluk sini macam dah ade ikatan..Contoh filem,aku masih dara-baju,fuhh terlalu cukup kain...


4)Show and tarian y.ang mantap


Aq tak minat sangat la tarian girl punyer macam wonders girl,f(x),after school,..agak mengada.
Tarian nyanyian lelaki aq minat la macam beast, 2 pm, super junior,mblaq,.... macam heartbeat and i will be back(2 pm)
Kalu jepon,show yang mantap macam Kat-tun..
Mesti korang kate aq fanatik giler,tapi tak sefanatik macam adik-adik aq,siap beli e-pop lagi..
Aq malas nak bace majalah tu,just selak-selak je.Itu  pon terlibat sekali kene kongsi duit ngan adik-adik beli majalah tu setiap bulan....tak patut-tak patut,..


5)Boleh belajar bahase korea,taiwan and jepun,.


Ish,sekurang-kurangnye aq tau jugak bahase dorang,adalah sikit-sikit..
Kalu korang perasan kat header aq,ade perkataan"loveyourself mou muri shinaide kokoro no mama kimi mama" yang bermaksud cintailah diri korang sebelum cintai orang laen ,sebab korang adalah diri korang,..
Nampak,aq reti bahase jepun ok,(terbangga sikit)



Aq ade terbace blog sape tah,tak ingat..Tuan blog tu suke tengok korea,lelaki plak tu?Aish,..kawan lelaki aq ramai kutuk aq kott..Habis tu,yang perempuan ni, ape pendapat korang bile lelaki suka tengok korea,tak kire drama or show-show? Geli? Jiwang karat?Jiwa lembut,sebab banyak cerita korea,hero lelaki suka menangis?
Aish,no idea lah,..



                                                                                                                                      ,..

                                                                                                                             














Thursday, April 14, 2011

Pada waktu siang yang panas,..

Siape pernah buat kerja gila,..impossible kalo korang kate korang tak pernah,..macam,nak hilangkan tension pastu merokok,tak pon nak berseronok and maen la lumba-lumba motor or pasal kene kecewa ngan awek sendiri dan pergi pasang banyak perempuan,..


Ah,waktu siang hari tu memang panas ditambah lagi bile minyak panas menyimbah hati,..
Macam api nak meletup pon ade,.

Memang panas betul aq time tu,..

Rase nak menyumpah-nyumpah.Opss,rase je belom lagi menyumpah,.
Hari tu,adik aq call suruh amek die dari sekolah,..mak kejutkan aq dari tidur,tu tak pe lagi,.
Aq pon call pak cik aq pulangkan kereta,.memang panas hati bile,call banyak kali tak berjawab,..
Paling penting,kerdit aq dah kong.ISH,memang marah giler time tu,.
Nak je cakap kat pak cik aq tu,kalo dah pinjam kereta mak aq pandai-pandai la pulang balek,..


Aq pon prest motor,memang pergi tanpa bertopi keledar,..dahlah dompet pon tak bawa,.lesen motor pon takde.
Lesen kereta jela ade,yang motor,lesen L memang dah mati,..malas aq nak amek test lagi,.
Dah dompet tak bawa,faham-faham jela,ic pon tak bawa,.
Mak aq pesan kalo polis ade,tawakkal jela dah kene penjara,..
Bukan aq tak nak dengar nasihat mak aq suruh pakai topi keledar,
entah memang marah sangat kat pak cik aq punye pasal,..
Bagi aq,aq buat memang kerja giler hari tu,.tak tahu la plak korang dah banyak kali buat,.
Maklum la,pematuh undang-undang jalan raya sebelum hari tu,...


Ni bukan motor aq bawa,pinjam dari pak cik google,

On da way tu,macam-macam timbul kat fikiran aq,..
Masuk lokap mesti kecoh satu kampung,..Almaklum la orang kampung pantang dapat berita,.
Diibaratkan macam mami jarum,cerita yang dah basi tu,..
Ah,time tu baru aq sedar,...
Sampai je sekolah menengah adik aq,die agak terkejut ,..
Aq bawak moto tanpa kepale bersarung TOPI KELEDAR,.Dia teragak-agak naek,..
Aq memang panas time tu,ish,.,dahlah call lewat suruh amek die dari sekolah,.
Hati aq marah die plak,..

"Dah tak nak naek tu takpe,jalan kaki la,.."

Die pon naek duduk belakang aq,..aq senyap,die pon senyap,..
PASTU,tibe-tibe die bersuara..


"kaq,nak bawa motor esok ,bley?"

Nak kena marah ngan mak,bawalah esok,"..Aq menjawab.

"Ala,akaq boleh bawa je motor tanpa lesen dahla tak pakai topi keledar,.."

"Aik,kire bersyukur la aq nak amek ko,,."aq menjawab lagi,Die pon senyap sampai balek rumah,.

Moral of the story,korang fikir-fikir la sendiri aq pon tak tahu,.tapi,yang aq tau,best jugak buat undang-undang jalan raya sendiri,fuh mentang-mentang,takde polis time tu,.:)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...