Assalamualaikum,..
Huhu2,aq dah lame tak update bloglah,..sampai kawan baik aq pon bertanye,..
Ehmm,..semalam nak dijadikan cerita,orang masjid bagi sup lembulah,sambal belacan dan banyak lagi sebab mak aq datang menolong memasak sekali,Aq??tak pegilah,nak memasak kat rumah..hehe.
Malam tu,masjid kat kampung aq ade buat majlis sempena israk mikraj...Masjid Nurul Hasanah?Tau tak tempat tu?Kalau korang ade adik lelaki or abang, hantar sekolah tahfiz kat kampung aq,mesti korang kenal:)
Almaklum,bulan ni dah bulan rejab ikut kalendar islam,..
Sebenarnya ,malam israk mikraj jatuh pada 28 jun ni,(26 rejab)...
Tahukah korang ape peristiwa israk mikraj?puncak krisis menjelang israk?
Puncaknya di mana,Abu Thalib,bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w telah meninggal dunia.Peristiwa ini menyedihkan baginda walaupun beliau tidak beriman kepada islam.Kemudian,Nabi Muhammad kehilangan Siti Khadijah,isteri yang amat disayangi..Ketika itu juga,baginda pergi ke Thaif untuk mendapatkan bantuan..dan ketika itu bermacam peristiwa berlaku dan satu peristiwa yang telah sedikit sebanyak menghiburkan hati baginda iaitu perlakuan Addas yang tidak diduga.
Israk ialah perjalanan malam hari Nabi Muhammad dari Mekah ke Baitul Makdis dan Mikraj,perjalanan naik ke langit..
PERISTIWA ISRAK
~Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak(orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah)
~sekumpulan manusia menghempap kepala masing2 dengan batu berulangkali(orang yang berat melakukan solat fardhu)
~mencium bau yang wangi(bau tukang sihir Firaun yang beriman kepada Allah)
~orang yang mengguntimg lidah berulangkali(balasan orang bercakap dan tidak mengamalkannya)
~sekumpulan manusia yang makan daging busuk sedangkan ada daging yang baik(balasan orang yang telah berkahwin berzina)
~kumpulan manusia yang makan rumput berduri,buah zakkum yang pahit dan makan bara api(balasan orang tidak bersedekah dan tidak membayar zakat)
~orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan batu(balasan makan riba)
~kumpulan manusia yang mencakar muke dan dada dengan kuku yang tajam(balasan suke mengumpat)
~orang yang membawa berkas kayu yang banyak dan tidak terangkat olehnya(balasan menerima amanah dan tidak melaksanakannya)
~seekor lembu keluar dari lubang kecil dan tidak dapat masuk semula (gambaran orang yang suka cakap besar)
Peristiwa mikraj
~wanita menangis sambil meminta pertolongan (balasan wanita yang berhias bukan untuk suaminya)
~wanita bergantung pada kepalanya,otaknya menggelegak dalam periuk(wanita tidak menutup rambutnya)
~wanita berkepala seperti babi,badannya seperti keldai dan menerima berbagai balasan(wanita yang suka buat fitnah,membuat dusta,bermusuh dengan jiran)
~wanita yang mukenya hitam dan memamah isi perutnya sendiri(balasan wanita yang menggoda lelaki)
~manusia yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang dan dilontar mukenya ke api neraka.Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya(balasan besar diri dan takbur)
~manusia dimasukkan mesin pembakar daging dari duburnya,keluar ke mulutnya(balasan buat fitnah,mencaci,menggejek)
~wanita bergantung rambutnya di pokok zakkum,api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar(balasan wanita minum ubat untuk bunuh janin)
~manusia kepalanya terbenam dalam api,dituang air panas ke dalamnya(balasan orang yang mendorong kepada pergaduhan)
Rasullullah dan jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit.Dimana ada langit ke sepuluh.Rasulullah telah bertemu Nabi Adam A.S,Nabi Isa A.S,Nabi Yahya A.S,Nabi Yusuf A.S,Nabi Idris A.S,Nabi Harun A.S yang dikelilingi bani Israil,Nabi Musa,Nabi Ibrahim,dan menyaksikan pelbagai keajaiban,sampai Hadharatul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab sehingga langit ke 10,..
Dan ketika inilah,solat waktu kita yang sebenarnya 5o kali sehari semalam berkurang menjadi 5 je yang wajib kita tunaikan selepas merayu 9 kali(setiap kali dikurangkan 5 waktu solat) oleh Rasullullah setelah baginda bermunajat,..
MasyaAllah,betape sikitnya kita wajib tunaikan berbanding dulu...
Sebenarnya info-info ni aq tulis kat buku usrah aq untuk hilangkan ngantuk mase ustaz bagi ceramah bila sambutan israk mikraj kat sekolah menengah dulu.Tak sangka,ada lagi buku usrah aq tu..Hehe2,..hanya sekadar perkongsian kepada korang,..
|
syukran |